Dec 16, 2009

Hijrah 1431 : Laksana Awan.





Hidup adalah satu perubahan.
Jatuh, bangun menjadi lumrah.
Janji Tuhan pasti benar.



Salam Ma'al Hijrah 1431H


***


*Ma'al Hijrah saya kali ini bakal membawa satu makna besar dalam hidup saya. insyaAllah, dari 17-29 Dis 2009 ini saya akan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang. maaf tidak sempat untuk menulis panjang.

Dec 10, 2009

Promo : KLSPM 2009.






Kem Lepasan SPM 2009 | Siri ke-5

Tarikh : 25-27 Disember 2009

Tempat : Kem Nur Sg. Merab, Kajang

*terbuka kepada semua calon-calon SPM 2009




Trailer KLSPM 2009

Dec 1, 2009

Langkah akhir di Disember.




Perjalanan seorang insan takkan berhenti selagi ia masih mampu bernafas, selagi darah masih mengalir di dalam tubuh badannya yang hina, selagi Izrail belum lagi datang menjemputnya bertemu dengan Al-Hayyu.
Perjalanan seorang insan ini cuma sementara, bak berteduh sebentar di bawah pepohonan rendang dalam satu permusafiran panjang menuju negeri abadi.

Perjalanan seorang insan penuh dengan ujian dan cabaran, onak dan duri, manis dan pahit, dan pastinya setiap insan itu diberi pilihan samada untuk menyusuri jalan menuju kebahagiaan atau kebinasaan.


" فالهمها فجورها وتقوها "

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan (As-Syams : 8)


maka sedarilah saudaraku..
Perjalanan ini bukan satu permainan, perjalanan ini bukan satu awang-awangan, tapi ia satu perjalanan yang perlu dirancang dan disusun. Setiap detik dan ketika yang kita habiskan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kita akan dipersoalkan akan masa yang telah kita sisakan di hadapan Al-'Adlu, Al-Hakim.


Seorang sahabat Rasulullah sering menangis apabila masuknya waktu senja dan ia seringkali merintih,


" Umurku sentiasa bertambah sedangkan amalanku sentiasa berkurang"


Apakah amalan kita lebih baik dari mereka? renung-renungkanlah.



******



Sememangnya musim cuti saya dan sahabat-sahabat sekalian sedang lalui ini memang menjadi satu medan ujian yang besar dalam proses pentarbiyahan dan didikan setiap dari kita. Teringat kata-kata seorang senior saya dulu memberi gambaran tentang cuti,


" cuti ini ibarat testing zone selepas kita melalui proses kilang yang panjang. maka siapa yang berjaya lulus dalam testing zone ini, maka ia akan menjadi satu produk yang berguna dan bermanfaat kelak."


Tapi kalau dalam proses kilang dah rosak, apatah lagi diperingkat testing zone.. (sekadar selitan).




"mari kita sama-sama pastikan cuti ini adalah cuti yang terbaik untuk diri kita
dan marilah kita mulakan satu
langkah akhir di Disember."



Nov 26, 2009

Salam Eidul Adha 1430H.


*klik gambar untuk lebih jelas.


Salam Eidul Adha 1430H

"menjiwai semangat berkorban"

Oct 27, 2009

Wasiat Sahabiah.




insyaAllah, suka untuk saya kongsikan wasiat Saidina Abu Bakr r.a kepada penggantinya, Saidina Umar Ibnu Al-Khattab saat beliau menghadapi detik-detik akhir kehidupannya.




"Ketahuilah, Allah azza wa jalla punya hak di siang hari dan hak itu tidak Dia terima di malam hari. Ketahuilah, Allah azza wa jalla juga punya hak di malam hari dan Dia tidak menerimanya di siang hari.


Ketahuilah, solat sunnah tidak diterima, hingga anda mengerjakan solat wajib. Ketahuilah, Allah azza wa jalla menyebutkan penghuni syurga dengan perbuatan terbaik mereka, lalu tiba-tiba ada orang berkata, 'Bagaimana amalku bisa sejajar dengan mereka?' Itu terjadi, sebab Allah mengampuni kesalahan perbuatan mereka dan tidak mencelanya.


Ketahuilah, Allah azza wa jalla menyebutkan penghuni neraka dengan perbuatan paling buruk mereka, lalu tiba-tiba ada orang berkata, 'Perbuatanku lebih baik dari perbuatan mereka.' Itu terjadi, kerana Allah azza wa jalla menolak perbuatan mereka yang paling baik dan tidak menerimanya.


Ketahuilah, Allah azza wa jalla menurunkan ayat tentang kemakmuran bersama dengan ayat tentang kesusahan dan ayat tentang kesusahan bersama dengan ayat tentang kemakmuran, agar orang Mukmin menjadi orang yang berharap (kepada rahmat Allah) dan takut (siksa-Nya), lalu ia tidak membawa dirinya kepada kebinasaan dan mengharapkan kebaikan kepada-Nya.


Ketahuilah, timbangan orang yang berat timbangannya itu berat kerana mereka di dunia mengikuti kebenaran. Itulah rahsia kenapa timbangan mereka menjadi berat. Ketahuilah, timbangan orang ringan timbangannya itu ringan kerana mereka dulu di dunia mengikuti kebatilan. Itulah penyebab timbangan mereka menjadi ringan.


Jika anda menerima wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang paling anda cintai
selain kematian dan anda pasti suatu hari nanti berhadapan dengannya. Jika anda mensia-siakan wasiatku ini, maka jangan ada urusan ghaib yang lebih benci daripada kematian."


Ibroh dan pengajaran;

-Beliau Saidina Abu Bakr sebagai seorang yang sukses dalam memimpin umat telah menjelaskan kepada pengganti beliau tentang Manhaj Rabbani sebagai suatu kewajipan dalam kita sukses dalam kehidupan.

-Manhaj Rabbani tersebut diringkaskan seperti berikut:

1) Menjaga, memperhatikan waktu-waktu ibadah dengan tidak menundanya pada waktu lain. kerna mungkin mereka yang sering menunda waktu ibadahnya, ia sangat mungkin menunda pelaksanaan hak-hak lainnya.

2) Menjaga, memperhatikan ibadah-ibadah wajib. walau sesibuk manapun, tiada alasan dalam kita menunaikan ibadah-ibadah wajib kita.

3) Tidak berputus asa dalam amalan dengan tidak menganggap kecil segala kebaikan yang telah kita kerjakan.

4) Tidak mengambil mudah tentang dosa. kerna orang Mukmin jangan merasa bangga dengan amal yang ia telah kerjakan, sebab ia tidak tahu apakah amalnya diterima Allah atau tidak?

5) Takut dan berharap, keseimbangan dalam amalan dan kehidupan.

6) Memikirkan timbangan akhirat. dengan sentiasa memikirkan, hidup kita akan sentiasa terarah kepada kebaikan.


Sep 26, 2009

Perutusan Eid Mubarak 1430H.







Assalamualaikum,
setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, dengan segala ketentuan-Nya memberi peluang pada kita untuk melalui madrasah ramadhan dengan jayanya. semoga kita terus istiqamah dengan segala amalan yang kita sentiasa cuba kejar dan pergandakan.. insyaAllah.


Alhamdulillah, Allah terus-menerus menganjari kita dengan pelbagai nikmat yang tak terkira.. semoga kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur..


di sini, suka untuk saya menyampaikan sedikit perutusan eid mubarak buat diri saya khususnya, dan juga buat para pembaca yang amat saya kasihi dan hormati sekalian..


sungguh saya tak sangka, raya saya kali ini sangat berbeza.. raya kali ini, saya tanpa seorang abang di sisi. raya kali ini, bukanlah saya seorang pelajar sekolah lagi.. jadi rakan2 saya yang sudah lama dengan saya tak bersama-sama kita beraya seperti kebiasaan. raya kali ini, ramai teman2 saya yang sudah pergi menjadi insan perantauan..


tapi, saya rasakan raya saya kali ini lebih bermakna. kerna, jurang pemisahan itu menjadikan pertemuan itu satu kemanisan. istilah kehilangan menjadikan erti perjumpaan itu satu keindahan. satu kerinduan yang menjadikan kebersamaan sebagai satu detik yang sukar dilupakan. lantas, ia menyatukan hati2 ini kerna-Mu...


mungkin di balik kehidupan saya, saya lebih merasai akan hal ini.. saya bukanlah nak beremosi di sini.. tapi apabila saya merenung kembali saat2 kehidupan saya.. saya merasakan erti teman, erti persaudaraan itu sangat2 berharga buat saya..


di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan syukran jazakallah khairon kathira buat semua teman2 yang mengenali diri saya.. anda semualah yang mengajar saya erti hidup ini.. yang mendoakan hidayah dan kesejahteraan buat diri ini.. saya sangat2 berterima kasih..


segala kesilapan, kekurangan, kekasaran, kesalahan diri ini yang lemah.. saya hulurkan ribuan kemaafan. lebih2 lagi kepada abang2 SPM 08, yang beserta saya mengharungi detik sukar.. saya memohon berbanyak kemaafan..


mungkin perjalanan kita berbeza, tapi tujuan dan matlamat kita tetap satu.. apa jua keadaan kita, kita adalah insan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. kita yang mesti menegakkan kalimah Ilahi..


sebelum mengundur diri, segala yang baik hanya dari Yang Maha Esa. segala yang lemah dan buruk datang dari kelemahan diri ini.. "janganlah katakan selamat tinggal, tapi katakanlah jika kita tak bertemu di dunia ini semoga kita berjumpa di syurga kelak.." insyaAllah..


Salam Eid Mubarak 1430H
ikhlas dari saya, Ammar bin Ahmad Raji
Sunway Uni. College 09/10

Aug 30, 2009

Merdeka!



'Selamat Hari Kemerdekaan Ke-52'

"Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam"

sudahkah jiwa dan minda kita merdeka?
Related Posts with Thumbnails