Dec 16, 2009

Hijrah 1431 : Laksana Awan.





Hidup adalah satu perubahan.
Jatuh, bangun menjadi lumrah.
Janji Tuhan pasti benar.



Salam Ma'al Hijrah 1431H


***


*Ma'al Hijrah saya kali ini bakal membawa satu makna besar dalam hidup saya. insyaAllah, dari 17-29 Dis 2009 ini saya akan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang. maaf tidak sempat untuk menulis panjang.

Dec 10, 2009

Promo : KLSPM 2009.






Kem Lepasan SPM 2009 | Siri ke-5

Tarikh : 25-27 Disember 2009

Tempat : Kem Nur Sg. Merab, Kajang

*terbuka kepada semua calon-calon SPM 2009




Trailer KLSPM 2009

video

Dec 1, 2009

Langkah akhir di Disember.




Perjalanan seorang insan takkan berhenti selagi ia masih mampu bernafas, selagi darah masih mengalir di dalam tubuh badannya yang hina, selagi Izrail belum lagi datang menjemputnya bertemu dengan Al-Hayyu.
Perjalanan seorang insan ini cuma sementara, bak berteduh sebentar di bawah pepohonan rendang dalam satu permusafiran panjang menuju negeri abadi.

Perjalanan seorang insan penuh dengan ujian dan cabaran, onak dan duri, manis dan pahit, dan pastinya setiap insan itu diberi pilihan samada untuk menyusuri jalan menuju kebahagiaan atau kebinasaan.


" فالهمها فجورها وتقوها "

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan (As-Syams : 8)


maka sedarilah saudaraku..
Perjalanan ini bukan satu permainan, perjalanan ini bukan satu awang-awangan, tapi ia satu perjalanan yang perlu dirancang dan disusun. Setiap detik dan ketika yang kita habiskan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kita akan dipersoalkan akan masa yang telah kita sisakan di hadapan Al-'Adlu, Al-Hakim.


Seorang sahabat Rasulullah sering menangis apabila masuknya waktu senja dan ia seringkali merintih,


" Umurku sentiasa bertambah sedangkan amalanku sentiasa berkurang"


Apakah amalan kita lebih baik dari mereka? renung-renungkanlah.



******



Sememangnya musim cuti saya dan sahabat-sahabat sekalian sedang lalui ini memang menjadi satu medan ujian yang besar dalam proses pentarbiyahan dan didikan setiap dari kita. Teringat kata-kata seorang senior saya dulu memberi gambaran tentang cuti,


" cuti ini ibarat testing zone selepas kita melalui proses kilang yang panjang. maka siapa yang berjaya lulus dalam testing zone ini, maka ia akan menjadi satu produk yang berguna dan bermanfaat kelak."


Tapi kalau dalam proses kilang dah rosak, apatah lagi diperingkat testing zone.. (sekadar selitan).




"mari kita sama-sama pastikan cuti ini adalah cuti yang terbaik untuk diri kita
dan marilah kita mulakan satu
langkah akhir di Disember."



Related Posts with Thumbnails