Aug 5, 2009

Belajar Dari Kehidupan


sudah sebulan saya berkelana di bumi Sunway ini. tinggal di sini benar-benar memberi saya rasa seakan bumi asing (padahal duduk dalam negara sendiri). tentunya, chinesse is the most. then, others are foreigners. ada yang dari india, pakistan (my roomate), nigeria, sri lanka, yaman, korea, indonesia dan banyak lagi. main language suppose to be english (tu macam speaking sikit). mencari makanan pun tak banyak pilihan, memang kena berjalan keluar kawasan kampus. dan macam-macam lagi.. (boleh tanya laa nanti).


apapun, belajar dari kehidupan itu vital dan penting. walau di mana pun kita, tanpa belajar dari kehidupan tak beerti juga. kehidupan saya di sini sebagai minoriti melayu muslim (secara zahirnya) sangat memberi saya satu desakan untuk melakukan satu perubahan terhadap diri saya dan mereka yang sebangsa dan seagama dengan saya. kisah dakyah musuh yang kuat di bumi sunway ini, cukup menggentarkan. tapi, saya yakin ini adalah sebahagian dari cabaran yang sememangnya kita akan tempuhi. Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya satu platform yang baik dalam menjalankan usaha saya. dari sini, apa yang saya belajar sebelum ini di bumi hira' tercinta memang berharga. kalau di sekolah dulu, kita mungkin tidak nampak nilainya. mungkin disebabkan suasana. namun, di sini segalanya berbeza. walau sekadar nama.


suatu petang saya datang ke satu annual general meeting, saya cadangkan untuk menukar nama kepada annual grand muhasabah (macam kat sekolah la..). dan respons cukup membrangsangkan, malah ada yang katakan itu idea yang simple tapi berkesan. sedangkan, kita di sekolah, dengar AGM pun rasa malas nak pergi. mungkin ada benarnya, bila kambing mengembek dengan kambing. itu perkara biasa. tapi, kalau kambing mengembek dengan lembu. pasti, ia sesuatu yang baru!


kehidupan kita sentiasa berjalan dari masa ke masa. sudah tentu, tiap dari detik yang kita lalui ada pengajaran dan bekalan yang tersirat. jadilah, seorang hamba yang berfikir. kerana dengan ibadah berfikir itu, seorang muslim itu cemerlang.


sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan, tapi ada banyak lagi perkara lain yang perlu saya lakukan. motto saya, "inn tansuru Allaha yansurkum, wa yusabbit aqdaamakum..". doakan kita diberi rahmat-Nya. insayAllah..

0 komen:

Related Posts with Thumbnails