Jan 22, 2009

Obama: pencetus keamanan dunia?



uh, sudah lama saya tidak menulis..apa mungkin? emm, mungkin panjang ceritanya..apapun,saya kebelakangan ini banyak mengikuti perkembangan isu palestin yang memang sedang hangat diperkatakan.apa tidak, sedangkan orang bukan islam sendiri yang banyak mengutarakan isu ini..apatah lagi saya yang mengaku mereka adalah saudara saya sendiri.





seperti dimaklumi, us baru sahaja melantik Obama sebagai presiden baru mereka.tampak seperti dunia bakal di'aman'kan sepertimana yang dicanangkan Obama.pada hari pertama beliau menjadi presiden, beliau sendiri telah menghubungi Abbas (presiden palestin) dalam usaha beliau untuk menyelesaikan konflik di gaza.Abbas merupakan pemimipin luar pertama yang dihubungi Obama setelah perlantikan beliau sebagai presiden us.Obama juga telah mengishtiharkan untuk menutup penjara ketenteraan di guantanamo sekitar tahun ini.penjara tersebut terkenal dengan siksaan kejam yang dilakukan oleh pengawal terhadap 'banduan' yang ada.
                                                 
Obama juga bakal mengundurkan tenteranya dari iraq yang telah lama mereka 'canai'kan.wah, dunia bakal 'aman'.


benarkah begitu?
adakah us sudah berubah menjadi 'baik'?

hakikatnya, hal ini tak ubah seperti yang difikirkan.jika dlihat segala punca dalam perancangan us adalah bersangkut paut dengan perancangan zionis.asalnya,rejim zionis israel telah meletakkan iran sebagai ancaman mereka semenjak kejatuhan rejim Shah Iran.mereka telah mengandaikan senario bahawa iran akan memulakan projek pemusnah besar-besaran (WMD) di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini.semenjak itu, us turut menyenaraikan iran sebagai negara yang berpotensi mengancam kewujudan 'israel' di rantau tersebut.oleh itu, peperangan iran-iraq yang dimulakan oleh Saddam merupakan sebahagian daripada usaha licik CIA-Mossad untuk menghancurkan kuasa ketenteraan iran dengan menggunakan iraq.malangnya, iraq gagal dalam usaha tersebut dan akhirnya, mereka pula yang dihancurkan melalui perancangan sulit us menghasut Saddam untuk menawan kuwait.iraq akhirnya diheret ke perang teluk yang pertama dan telah kehilangan kekuatan mereka semenjak perang tersebut.us telah mengambil peluang ini dengan menyerang iraq sehingga lenyap ketamadunannya.iraq juga dulunya merupakan antara negara yang mempunyai ketenteraan terkuat.namun, ia telah berakhir dan telah memudahkan perancangan zionis israel untuk membina israel raya mereka.jadi, selagi us masih bersekutu rapat dengan israel maka dunia tak kan aman.buktinya, Obama dalam ucapannya baru-baru ini tetap menyebelahi israel dalam serangan mereka ke atas gaza.

Obama said he was "deeply concerned" about the loss of life in Gaza and also reiterated the US view that Israel had a right to defend itself from Palestinian rocket attacks.  (sumber: al-jazeera)

beberapa langkah beliau dalam perancangan 'keamanan' itupun sekadar untuk mengkaburi masyarakat dunia dari persepsi mereka terhadap us yang telah tercalar ketika zaman pemerintahan bush.hakikatnya, kesengsaraan rakyat palestin, gaza, iraq, afghanistan, dan lain-lain kan tetap terus berterusan.

apa peranan kita?

moga Allah membalas segala usaha kita dalam mengakkan deen-Nya.
Ameen.Allahuakbar.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails