Jan 30, 2009

kini ku mengerti..



kepenatan.kelesuan.kegembiraan.
apa semua ini? kakiku yang lenguh terus ku urutkan di atas sofa empuk. 
mengapa ini? mata terasa berat.tubuh terasa lemah.terus tersenyum sendiri.
apakah ini?

2 hari yang cukup mendebarkan.sudah cukup bagiku mengenal erti seorang guru.walau tak sedalam mana.perit.sudah tentu.pahit.begitu pasti.jemu.adakala.yang pasti.gembira.lebih-lebih lagi saya bersama kanak-kanak pra-belasan tahun.

peritnya.. apabila mereka anggap kelas seperti taman permainan.
pahitnya.. apabila mereka anggap yang dihadapan mereka sebagai kawan.
jemunya.. apabila mereka semua langsung tak beri perhatian.
gembiranya.. saat melihat mereka bersungguh dalam pelajaran.

mungkin semua ini turut dirasai oleh semua pendidik.bahkan lebih lagi.cuma saya berkongsi sahaja.

saat saya menimba pengalaman berharga ini.saya teringat kisah seorang tokoh pendidik.beliau suatu ketika juga seperti saya.cuma berbeza subjek.iaitu khat.apa yang menariknya, beliau mampu menjadikan muridnya malah seluruhnya minat akan subjek itu sedangkan asalnya subjek itulah yang paling dibenci oleh mereka.

siapa tokoh tersebut? sudah pasti ramai yang mengetahuinya.beliau adalah as-syahid imam Hasan al-Banna.bagaimana itu? benarlah sabda nabi yang bermaksud (mafhumnya),
"mu'min itu ibarat hujan, 
di mana ia berada,
di situ dia bermanfaat"

saya cuba menjadi itu.kita bersama.saya juga terimbau seorang lagi pendidik agung.yang mendidik tanpa kenal erti lelah.mendidik tanpa kenal erti susah.harganya tak ternilai dek wang berjuta, dibayar dengan darah, peluh, tenaga dan usia.semuanya kerana sayangkan 'murid'nya.
memberi harapan baru buat dunia.mencorak cara hidup yang sempurna.sungguh, beliaulah pendidik agung.

namun, sungguh sedih.pendidik agung ini tidak lagi dihormati.ajarannya terus diletak tepi.cuma tinggal menjadi khazanah negeri.buat tontonan.malangnya ada yang tak mengenali.sedang dia bangun berdiri.kerna jasa pendidik agung.

pendidik agung ada memberi wasiat: "aku tinggalkan kamu dua perkara, takkan disesatkan kamu selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara ini, yakni al-Quran dan al-hadis."

apa lagi yang kita cari.untuk menyelesaikan masalah dunia kini.segalanya telah diajar oleh pendidik agung.cuma kita, yang memberi seribu alasan.cuma kita, yang memberi sejuta  persoalan.sombong.bongkak.dengan cara sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"kun mu'alliman, au muta'alliman, au mustami'an, au muhibban, wa la takun khomisan."

atas dasar ini aku ceritakan segalanya.kerna pasti, terkandung segalanya ibroh yang kita sendiri dapat rasai dan hayati.walau sekadar sebentar, namun cukup menggentar.

ku ucapkan penghargaan yang tak terbalas.kepada semua pendidik ku dari kecil hingga dewasa.selawat dan salam, ke atas pendidik agung yang memberi ku kenal erti hidup ini.semoga Allah membalas jasa semua pendidik dan diberi redhoNya.








3 komen:

Ben Ramli said...

wah Tahniah! anda menjadi sorg Guru skrg..hum.. sedar aku hny insan biasa.
Izinkan aku mengngomel.
-bukan aku sorg cikgu, tapi minat ku,hati ku,bak pepatah mana tumpahnya kuah kalo xke nasi..
sebagai cikgu,bukan kata pahit,perit,jemu yg keluar o terlintas bg sorg cikgu. maaf bicara ku. tp itu salah.

jadikan itu kegembiraan mungkin.menjadi cikgu, bukan kerna gaji tapi kerna mendidik.bukan busan o ape2 tapi gembira menjadi pengajar.

maaf jika bicara ku yang kurang ini buat hati mu kurang senang.cuma aku menyampaikan apa yang ku rasa ktika ini.amek la apa yang baik.iALLAH kita salaing memperigti..salam..

Ammar Raji said...

syukran.x mengapa.
cuma mungkin diri ini x biasa dgn keadaan seperti itu..

erm..dengar kata knaR bakal ke bidang ini juga ya?

nur 'izzat said...

korg neh ckp cam skrip.
bese2 suddey!! ish..

:P:P:P:P:P:P:P:P

Related Posts with Thumbnails