Apr 13, 2010

Episod Kehidupan.


Terbaik dibaca dengan musik 'sentuhan jiwa' di kolum kanan dimainkan.




kalau dulu,
tatkala kau mula melihat dunia,
kau cuma mampu menangis dan ketawa,
kau hanya tahu lapar dan dahaga,
kerna kau hanya bayi tak berdosa.


tapi kini,
segalanya berbeza..


kalau dulu,
tatkala kau mula pandai mengira,
kau sudah tahu menilai perkara,
kau merasa segalanya mudah belaka,
kerna kau hanya kanak-kanak mentah sahaja.

tapi kini,
segalanya berbeza..


kalau dulu,
tatkala kau mula meningkat remaja,
kau mula berazam untuk berjaya,
kau hanya fikir, belajar capai cita-cita,
kerna kau masih orang muda.

tapi kini,
segalanya berbeza..


kerna, kini..
kau sudah meningkat dewasa,
kau mula berfikir tentang kerjaya,
kau mula mencari harta,
beban di bahu semakin berat terasa.


kerna, kini..
kau kan punyai keluarga,
dalam masyarakat kau kan menyumbang jasa,
buat agama kau kan mengerah segala tenaga,
juga peranan untuk negara tercinta.


kerna inilah episod kehidupan,
tempuhlah dengan jiwa seorang pemuda,
berfikir secara dewasa,
kelak, tua mu kan bahagia.


***


sepertiga kehidupan ku telah pergi,
pergi ditelan masa dan waktu,
amal dakwi ku masih belum mengisi,
sedang maut ku semakin menghampiri.


walhal,
Usamah sudah memimpin tentera ke Rom,
Al-Fateh sudah jauh ke Konstantinopel,
Mus'ab sudah menjadi murabbi di Yathrib,
aku? masih banyak memberi alasan.


semoga detik ini menjadi titik tolak dalam hidupku,
insyaAllah~



Ammar bin Ahmad Raji
13 April 1990 - 13 April 2010
Kini, masuk umur 20-an.


2 komen:

Ben Ramli said...

tidak!!
maaf di atas kesibukan melanda..terlupa akan rakan tercinta.
selamat hari lahir ke 20!! tambah dan tolak 13 hari selepas ana melihat dunia..
moha episod kehidupan kita lakar lebih indah hari demi hari.moga di berkati olehNYA.

Ammar Raji said...

syukran naim.. :)

Related Posts with Thumbnails